Wednesday, September 10, 2008

cahaya perjalan hidupku

di kala ku sukar,meredah kegelapan,
terkapai dalam kejahilan
lemas dalam badai tohmahan
demi secebis harapan
dirimu,
seolah mentari yang setia
menyinari kekuatanku
persis embun di fajar hari
cukup tenang, begitu suci
tutur katamu sungguh tulus
sehalus jalinan bebenang sutera
dalam tangismu nyata tersurat
selaut kasih yang
tidak dapat ku selami
tidak dapat kau ungkapi
namun ku tahu,
tiap tingkahmu tiada sia2
demi ukhwah fillah yang kau bentangi
kau lakarkan kecintaan pada Illahi
kau hiasi dengan akhlak terpuji
memujuk kekerasanku dilontar ke tepi
lorongku jauh dan kelam
sungguhpun sukar
dirimu menerangi jiwaku
mencari mardhatillah sebagai hadaf
aku di bawah payungan cinta dan kasihmu
cahaya perjalanan hidupku

p/s; sajak ini dihadiahkan oleh seorang adik..ana publishkan disini untuk mengucapkan terima kasih pada adik..harap kita akan bertemu kembali.salam ukhuwah..

tarbiyyah islamiah


sering kali para daei memandang aspek tarbiyyah hanya pada tarbiyyah rohaniah.tarbiyyah terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;
1)tarbiyyah rohaniah
2)tarbiyyah jismiah
3)tarbiyyah fikriyyah
perkara ini sering kali berlaku di kalangan muslimat.kenapa agaknya.adakah kerana kita seorang muslimat?atau kerana pakain muslimah ini mengehadkan aktiviti kita?tidak bukan,mungkin kerana kita tiada keinginan untuk kearah itu,so,harapnya sedikit kesedaran dari ana,dapat kita manfaatkan untuk kepentingan kita bersama.kita kini sedang sama2 ingin memperkasakan muslimat dalam saff perjuangan kita..takkan terlahir bakal jundu yang akan menegakkan daulah jika tulang belakang seorang muslimin,adalah seorang muslimat yang lemah..sama2 kita perkasakan muslimat selaras dengan paksi yang telah dibincangkan dalam munaqashah baru-baru ini..ingat!!!jangan dilupakan aspek tarbiyah yang lain pula..SUka ana pada ungkapan ini "Hati yang mati takkan mampu menghidupkan hati mati yang lain"...salam juang untuk sahabat satu perjuangan....OPTIMUMKAN FUNGSI MUSLIMAT

Tuesday, September 2, 2008

MERDEKA!!!!Apakah erti kemerdkaan bagi kalian yang telah berlalu baru-baru ini? Dimanakah kalian ketika itu? Adakah kini kalian merasakan,kalian benar-benar bebas.. adakah makna kebebasan hanya sekadar dari sudut fizikal,rohani mahupun mentaliti?Erti kemerdekaan kali ini amat bermakna kepada insan yang sudah benar-benar memahami apakah erti kebebasan..Fikirkanlah di ceruk mana kita berada sekarang...KITA MASIH DIJAJAH..lupakanlah kenangan hitam yang sudah tercorak.terus melangkah dan pandang ke hadapan..

Madihah (angah),along sentiasa doakan angah akan pergi dengan tenang..kami sentiasa mendoakan angah..moga dirimu bahagia bersemadi disisi Allah..InsyaALLAH,kita bakal berjumpa di syurga..SALAM TERAMAT SAYANG DARI ALONG YANG SENTIASA MENYANYANGIMU.khas dedikasi ini untuk menyatakan betapa along menghargai ukhwah antara kita

Wednesday, May 21, 2008

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
> > > > > > > > >
> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'

> > > > > > > > > Murid 1 = ' Orang tua '
> > > > > > > > > Murid 2 = ' Guru '
> > > > > > > > > Murid 3 = ' Teman '
> > > > > > > > > Murid 4 = ' Kaum kerabat '

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
> > > > > > > > > Murid 1 = ' Negeri Cina '
> > > > > > > > > Murid 2 = ' Bulan '
> > > > > > > > > Murid 3 = ' Matahari '
> > > > > > > > > Murid 4 = ' Bintang 2 '

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

> > > > > > > > > Murid 1 = ' Gunung '
> > > > > > > > > Murid 2 = ' Matahari '
> > > > > > > > > Murid 3 = ' Bumi '

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


> > > > > > > > > ' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
> > > > > > > > > Murid 1 = ' Kapas'
> > > > > > > > > Murid 2 = ' Angin '
> > > > > > > > > Murid 3 = ' Debu '
> > > > > > > > > Murid 4 = ' Daun-daun'

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

> > > > > > > > > IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
> > > > > > > > > Murid 1 = ' Baja '
> > > > > > > > > Murid 2 = ' Besi '
> > > > > > > > > Murid 3 = ' Gajah '

> > > > > > > > > Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tu
Back

Wednesday, May 14, 2008

ohh..Mei




Pada suatu hari,sahabat ana memberitahu ana yang dia hendak pulang ke rumah lagi,walaupun dengan keadaan yang benar-benar menghimpit.Bukannya balik selangor tapi balik ke kelantan yang jaraknya hampir 500km.Puhh..sangup betul sahabatku ini.maklum sajalah wang biasiswa tak di beri untuk short sem ni.Boleh dikatakan untuk sem ni sahaja hampir tiap-tiap bulan dia ni pulang.Timbul rasa jeles pulak bila dia asyik balik..apa lagi,bertalu-talu usikan menerjah ke telinganya (maaflah,sekadar nak bergurau)

"Amboi,demo ni asyik balik sokmo,jeles gok ambo ni,doh la untuk cuti taaruf week
nanti,ana tak leh balik,nampak gayanya cuti raya aidilfitri nantilah ambo blh balik,muroh betol rezeki demo walaupun dalam keadan takde duit ni,mampu lagi demo balik deh"
"Ambo balik bukan saje2,tapi nak jupe cek ambo hok duk kampong,sian dok sorang
dumoh"balasnya

Setelah habis berbual,ana pun balik ke bilik,berpikir sejenak,malam tu jugak ana buat keputusan untuk pulang ke kampung ke terengganu,sebelum peluang itu lenyap dalam hidup.Tiket di beli walaupun kesimpitan kewangan menghimpit.rezeki ada di mana-mana selagi kita ada kudrat untuk mencarinya.insyaAllah,mungkin ini pilihan terbaik yang akan ku buat.....

Salam sayang buat bonda noraliza yang berada di terengganu,terimalah sehelai tudung berwarna hijau lumut berserta sekeping kad yang wangi smerbak kasihmu.Terima kasih kerana mengandungkan,melahirkan serta menjaga diriku.hanya ummi dan walik sahaja yang bertakhta di hatiku.Selamat hari ibu,hari lahir dan hari guru.Bulan MEI ini adalah untuk muu..

Hargailah mereka sebelum peluang ini tiada!!!!

Tuesday, May 13, 2008


DARE TO BE GREAT!!!
Bayangkan benda ini berlaku pada anda...

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di
tempat kamu". Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada
jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di
tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu
kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan
jemaah....Sekian.
Macam mana, adakah anda
rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur,
anda fikirlahlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ", " Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi
hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa
yg dia tak sembahyang jumaat lagi...", "Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu
sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang
raya...",
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada
gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran",
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya
dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat
yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar
dunia",
"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak
berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup
masa.... Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh
post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.
Lawak kan??? Kenapa?
Gelak
tu kan realiti. Tapi yg paling lawak sekali.. berapa
orang yang lepas baca benda ni akan
sampaikan
kat orang lain? berapa banyak????
Wallahualam

Tuesday, April 22, 2008

Siapakah kita???siapa ye..?



Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
rang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Monday, March 31, 2008

karya untukmu




MUTIARA CINTA

Keheningan pagi bisa menggigit pangkal rasa,titisan embun pagi masih terasa walaupun mentari beransur merangkak pergi pastinya saat ini mampu mengamit memori yang telah sedia terukir di sanubari.Ketenangan,kedamaian suatu yang biasa diucap tetapi sukar untuk diungkap ke alam realiti.Jauh disudut hati syafika tersimpan beribu kenangan yang menuntut berjuta pengorbanan demi kesucian agama yang ingin dipelihara,demi keluarga yang dicintainya sepenuh jiwa dan raga serta juga demi pendirian dan pegangan diri yang mesti dipelihara.kebahagiaan dalam derita demi kesucian yang perlu dibela.

“Fika,mana awak nak pegi tu?,third semester baru je bukak,takkan banyak keje dah kot!!”Tanya mastura teman sebilik syafika dalam nada kehairanan.Mastura seorang gadis liar yang mempunyai ramai teman lelaki.Ini semua impak dari keadaan keluargannya yang berpecah belah selepas penceraian ibubapanya setahun yang lalu. “Biasalah mas,fika tak nak tangguh-tangguh kerja nanti susah plak..Fika nak ke maktabah ni,nak siapkan laporan biro fika,kebetulan, setiausaha biro kami tak berapa sihat hari ni..kenapa? nak ikut ke?boleh tambahkan ilmu bila di maktabah nanti”ajak syafika pada teman rapatnya itu.mastura sambil tersenyum bukannya dia tidak tahu yang syafika memang tak pernah senang,ada sahaja kerja yang dilakukannya untuk persatuan mahasiswa kampus,program rumah anak yatim dan beberapa kerja kebajikan yang disertainya.Memang diakui syafika selalu terlibat dengan program sukarelawan. Masa cuti last second semester dulu pun syafika habiskan masa cuti dengan kempen membantu mangsa-mangsa perang palestin.Semangat sensitivitinya amat memuncak pabila yahudi laknatullah itu menceroboh Palestin. “Takpela la fika,malaslah,tak penat ke awak fika,bukannya dapat gaji pun”terkulat-kulat Mastura menempis ajakan Syafika, “Mas,kalu nak dikirakan penat memang fika tak buat kerja ni tapi tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah juga perlu dilaksanakan,sape lagi nak buat keja ni kalu tak kita yang islam dan ada asas pendidikan,manala tau usaha yang sedikit ini boleh memberi impak yang besar pada masyarakat dan agama,mesti awak pernah dengar cerita nabi ibrahim yang dibantu oleh seekor burung yang kecil demi menyelamatkannya dari api yang disediakan oleh raja namrud ,fika sedia untuk infakkan diri fika untuk islam,moga cita-cita ini menjuruskan pada cinta AR-RAHMAN ”jelas Syafika “Awak bercinta dengan Rahman fika!!”Tanya mas kehairanan dan kepelikan “Mastura ke situ pulak!!!! ,MAHA PENGASIH lah Mas”syafika berlalu meninggalkan Mastura dengan senyuman dan salam dan sebelum berlalu sempat satu tepukan manja singgah ke pipinya yang gebu itu “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH.Mereka itulah orang yang memperoleh kemenangan”surah At-Taubah:20 .Rupanya penjelasan Syafika tadi memberi momentum pada hati Mastura ,dia termenung sejenak merenung sikap dirinya tapi renungan itu hanya singgah seperti singgahnya bayu di pasir pantai dan berlalu tanpa terukir,dia menarik selimut membaluti badannya di atas katil marhalah asrama siswi .Syafika mengerti jika apa yang dikatakan tadi, membuatkan Mastura agak kaget.Banyak yang belum dia mengerti,erti sebuah pengorbanan dalam perjuangan dan erti kasih sayang walaupun mungkin pada lahirnya dia nampak matang tetapi pada hakikatnya banyak yang diketahuinya hanya sekadar teori sebuah kehidupan bukan secara realiti tapi Syafika mahu Mastura mengerti dan berubah daripada kepompong kebinasaan yang dicipta walaupun mungkin memerlukan masa yang panjang kerana Syafika percaya kebenaran adalah satu fitrah untuk manusia dan dia mahu segala kebatilan yang bersarang akan lenyap daripada dibelenggu arus metropolitan kata ibnu khaldun “masyarakat adalah anak persekitaran”.

Malam bertamu,memberi sedikit ruang untuk syafika menghabiskan masanya di bilik tapi tiba-tiba bunyi lagu destinasi cinta dari telefon bimbitnya memecah kesunyian malam itu'Destinasi CINTA yang ku cari sebenarnya terlalu hampir hanya kabur kerana dosa di dalam hati' rupanya mesej dari timbalan kebajikan mahasiswa singgah di skrin inbox,syafika menekan keypad melihat isi mesej berkenaan.”Assalamualaikum,mesyuarat akan diadakan minggu depan jam 3 petang di dewan syura.sebarang masalah sila maklumkan”.Syafika sudah menduga pasti diadakan mesyuarat minggu depan memandangkan semester baru telalepas,tanpa disedari dia pun terlelap.Masa terus berputar dan masa itu amat berharga bagi pengembara cinta Ya Rabbi. Tak siapa tahu dalam kesibukan syafika rupanya bebanan perasaan yang dialaminya menguatkanlagi benih cintanya pada Yang Penyayang.Jam sudah menunjukkan pukul 2.55 petang,semua ahli committee mahasiswa telah mengambil tempat masing-masing di dewan syura kecuali syafika,ini membuatkan sarah teman rapatnya gelisah,bimbang andai sesuatu menimpanyanya, “Mana fika ni,tetiba je lambat,tak pernah camni”,bisik sarah sendirian.mesyuarat terus dimulakan tanpa Syafika.Kini jam melewati 3.30petang. “tok,tok” “Assalamualaikum”salam syafika disambut kehairanan oleh semua committee. “Waalaikumussalam,cik Syafika kenapa lambat?” Tanya Haikal,presiden persatuan dengan nada tegas “Maafkan saya”Syafika mengambil tempat di hujung dewan syura tapi pelik benar kali ni raut wajahnya persis orang yang sedang dilanda masalah.

“Ukhti Syafika,saya nak kamu istighfar 100 kali atas kelewatan dan kesilapan yang tak sepatutnya kamu lakukan sebagai seorang pemimpin apatah lagi kamu memegang unit disiplin dan tatasusila ”ketegasan Haikal membuatkan semua ahli committee terdiam,tak pernah haikal setegas itu selama ini dan mempertikaikan kredibiliiti committee pelajar.Syafika cuma mampu tunduk kesayuan,pasrah dan redha semua bersatu,mahu sahaja gugur air mata syafika ketika itu mujurlah ayat-ayat cinta ilahi menenangkan jiwanya kembali,ASTAGHFIRULLAH10x, sebenarnya kesibukan dan senyuman yang pernah terukir di bibir menyebabkan kedukaan yang ditanggung terkabur dek pandangan manusia hanya ALLAH yang tahu apa yang tersirat dihati tapi belum tersurat di alam realiti.Selesai sahaja mesyuarat Syafika terus ke masjid memandangkan waktu asar hanya tinggal 10 minit sahaja lagi tapi kali ini entah rajuk apa yang ditanggungnya hingga dia meninggalkan Sarah yang sering bersama ke masjid. “ALLAHUAKBAR3x”azan dilaungkan. “Sesungguhnya yang memakmurkan masjid ALLAH hanyallah orang_orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian,serta menunaikan zakat dan tidak takut(kepada apa pun) kecuali kepada ALLAH.Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat pentunjuk” ayat 18,surah At-Taubah Kemerduaan azan mampu membelai hati sesiapa yang dalam kegundahan, “YA ALLAH,terasa tangan kasih sayangMU mengusap ubunku ,entah kenapa sayu benar hatiku hari ini,kuatkan hatiku,imanku,kesabaranku”syafika bermonolog sendirian air matanya lesu jatuh berderai,bukan mudah untuk redha dan tawakkal,cepat2 syafika mempercepatkan langkah dan membetulkan jubah dan tudungnya sekaligus mengesat air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir dan meluru ke bahagian tengah masjid bersama jemaah lain,selesai sahaja bacaan mathurat dan hizib bahar yang diambil sanadnya oleh seorang ustaz lulusan di salah sebuah universiti di mesir,Syafika mengambil ruang paling tepi dalam masjid,bersendiri mengemis secebis cinta Ilahi jika masih ada ruang dalam senja mentari untuk insan sekerdil ini.

Segala yang berlaku pada syafika dibawa bersama alunan rintik hujan petang itu.Asrizal baru 1 jam berlepas ke Dublin,Ireland melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan apabila mendapat tajaan sepenuhnya oleh PETRONAS ,mesti ramai yang tertanya-tanya siapa asrizal,dia teman satu course Syafika ketika di matrikulasi dulu,Asrizal pernah meluahkan rasa hatinya pada Syafika,sudah lama pemuda ini menaruh hati padanya sejak di zaman persekolahan lagi tapi ditolak Syafika kerana berpegang pada prinsipnya ‘cinta hanya sekali dan hanya akan jatuh cinta sekali,dan bersyarat pemuda yang akan menjadi raja hatinya yang menjadikan islam sebagai isteri pertama,al-quran dan sunnah jadi rukun percintaan dalam satu ikatan bukan lelaki biasa,walaupun miskin harta,rendah martabat di dunia,tapi kaya jiwa,berpegang mahkota pada keizzahan agama”sudah dijelaskan pada Asrizal tentang ini,tapi Asrizal kelu bicara bukan kalah dek syarat syafika tapi sebagai orang yang telah didedahkan dengan asas agama tak sukar untuk asrizal memahami. “saya tahu kamu perlu diberi masa untuk mengenal dan menilai diri ini, langsung tak terdetik di hati ini untuk menakluki hati kamu ,syafika tapi cukuplah jika diri ini dapat memiliki cinta kamu yang terlebih dahulu kamu sandarkan pada Ilahi”walaupun bicara yang terungkap sekadar di skrin telefon bimbit Syafika tapi memberi seribu erti,bukan pertama kali lamaran seumpama ini singgah dalam kamar hidupnya dan dia tidak sanggup lagi menyakiti hati kaum ADAM tapi demi syariat dia terpaksa tegas. “Impian syafika adalah impian saya,saya nak syafika dapat lelaki yang diimpikan walaupun mungkin orangnya bukan saya,awak hanya ada satu hati, satu cinta dan hanya orang yang selayaknya perlu memilikinya”jelas Asrizal 2 hari sebelum ke Ireland,.dia berlalu meninggalkan frasa yang terpahat kukuh di benak Syafika. Mesej terakir yang dikirim asrizal untuk syafika masi disimpan sebagai satu janji asrizal yang perlu dikotakanTak disangka pertemuan selama ini rupanya dalam kasih sayang Asrizal.Hati keperempuanan syafika tersentuh kerana dia sendiri tidak mampu menafikan rahsia hati yang sama seperti Asrizal tapi cuba ditempis jauh di ufuk kayangan duniawi kerana bimbang maksiat hati yang tak diundang menjauhkan dirinya dengan hidayah AL-KHALIK andai secebis cinta Asrizal mengugat pengabdiaannya pada cinta yang abadi,NAUZUBILLAH.

“Syafika” panggil sarah sambil menepuk lembut bahu syafika,serta merta lamunan Syafika ternoktah disitu Syafika mengemas sejadah yang masih belum terlipat dan AL-QURAN yang diambil ketika membaca kembali ayat yang memberi kembali sisa-sisa semangat pada dirinya ayat 57 surah Al-Mukminun “Sesungguhnya,orang-orang yang kerana takut akan azab TUHANnya,mereka sangat berhati-hati” dan surah An-Nur ayat 26 “perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia”,selesai sahaja, dia melangkah keluar dari pintu masjid dengan sepotong doa “Tuhan,andai kau cipta cinta antara aku dan dia,janganlah cinta ini melebihi cintaku pada Mu,andai sayang ini terbina atas dasar cintaku padaMu,teguhkanlah cinta kami,walaupun cinta kami bukan di dunia tapi biarlah ia berkekalan di syurga,lindungilah aku dan dia dari fitnah hati wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang aku tidak mendamba cinta pemuda ini jika ianya tak disulami dengan cintamu”.syafika berlalu pergi sambil mengesat air mata yang masih berbaki.

Syafika balik ke bilik dengan langkah yang longlai,dah 3 hari Syafika tiada selera makan.Sampai sahaja di bilik,tiba-tiba Mastura memeluk syafika sekuat hati dengan tangisan hingga basah bahu syafika dengan air mata Mastura.Terkejut benar syafika dengan reaksi mastura dan dia cuba menenangkan mastura yang dalam keadaan tersedu-sedu. “mas,kenapa ni?cuba bertenang,istighfar dan cakap perlahan-lahan”.Semalam saya ikut Johari pergi rempit dan kami accident ,mas tak cedera tapi joe dalam keadaan kritikal sekarang,lepas itu,mas jumpa faizal kawan baik Joe,dia cakap..”mastura terhenti di situ.Syafika mendesak mastura agar memberitahu keadaan sebenar. “Cakap apa mas!!!”.mastura senyap,Syafika mula rasa tak sedap hati untuk beberapa ketika sebelum mastura memberitahu syafika keadaan sebenar “dia cakap jika tak berlaku accident semalam kemungkinan mas akan jadi “ hadiah” pada Geng helang yang menang semalam!!Syafika,mas dah taubat tak nak jadi kutu malam,gadis liar lagi,tolong mas, fika”Alhamdulillah kau selamat mastura dan moga moga ini titik bidayah hidayah ALLAH untukmu,syafika berdoa di dalam hati. “ALHAMDULILLAH,Fika harap mas akan berubah lepas ini,fika akan sentiasa bersama mas bila-bila masa mas perlukan fika,ya sayang” .akhirnya doa Syafika selama ini telah dimakbulkan Allah,Sedikit sebanyak kegembiraan ini melenyapkan duka syafika.Sesungguhnya aku menyayangimu wahai sahabatku,uhibbuki fillah abadan abada.Allah yubarik fik.

Cinta itu terlalu indah untuk dikecapi tapi bukan untuk dikhianati,cinta berlandaskan syariat,pastinya akan memberi manfaat,jika leka dalam menuruti pasti melarat yang sedang menanti .sabda nabi S.W.A:sesiapa yang meminati seseorang,dia menahan dan menyembunyikannya maka andai dia mati,sesungguhnya matinya adalah syahid. Nilai perjuangan bagai tiada erti apabila roh kebangkitan tidak dibajai,apa gunanya syabab islami jika murninya ISLAM tidak dihayati. Ingatlah sahabatku,Taman Firdausi bukan ilusi namun reality yang menanti buat pejuang yang menegakkan panji-panji,yang menjaga hadaf di hati semata-mata kerana ILAHI ,usahlah mengukir takdir sendiri sebelum terpahat suratan ketentuan ilahi .Salam tarbiyah untuk pengembara cinta ilahi dan Salam ukhuwwah fillah buat sahabat yang disayangi. ….CAHAYA PERJALANAN HIDUPKU PENASUTERA_NSHA

(HAK CIPTA ADALAH TERPELIHARA SEBARANG PENCETAKAN TANPA KEBENARAN PENA SUTERA_NSHA ADALAH DILARANG)

PHRASA CINTA




Luka,kecewa,
itulah sinonim cinta,usahla ditangisi,
usahlah kau bersedih hati
,apa ada pada cnta,
jika jalan tak setelus cinta ilahi.

Wahai putra dan puteri,
Hambakan jiwamu,
Abdikan dirmu,
Mengejar cinta hakiki,
Cinta abadi nan sejati,
Telah sedia terjanji sejak azali.

Wahai suci sekeping hai,
Kenapa harus dipilih jalan ternoda,
Tercemar penuh duri,
Sedangkan ilahi tak prnah lupa dan leka,
CintaNYA tulus sejati,
Mengapa harus dicari,
menelusuri jalan tak bermaruah ini.

Hati,wahai hati,
Cinta itu fitrah insani,
Kebahagiaan syurga duniawi,
Tapi,
jangan jadikan cinta itu fitnah pada hati,

Islam datang telah menghalusi fitrah dhati,
Usah gundah,
Usah bimbang,
Teman sedang menanti di syurgawi,
untuk meneguk haruman kasturi,
memadu kasih mendamba sesuci kasih ilahi,
Pengabdi yanghakiki,
seorang abid yang jiwanya sejernih salju dinihari.

PENASUTERA_NSHA

Wednesday, January 23, 2008

cinta atau CINTA

PUISI ANTARA KAU DAN AKU

Pena bergerak membelah warkah,
Khas buat pencinta Al-Quran,
Sudah bermusim kita bersama,
Menongkah arus globalisasi dunia,
Memontum ujian membuka mata,
Betapa agung caturan Pencipta,
Detik demi detik kita menyaksikan,
Satu persatu teman beransur pergi,
Demi cita-cita dan takdir Ilahi,
Dan kita..,
Tegar meneruskan perjuangan ini,
demi janji yang sedia terpatri.

10juzu’,12juzu’,dan 8 juzu’ kini,
kita tempuhi walau terpaksa menangisi,
Setiap kali ujian melanda diri,
Hanya sisa semangat yang masih berbaki,
Buat menemani suci sekeping hati,
Terkadang membuat diri terkeliru sendiri,
Memikirkan tanggungjawab yang bakal digalasi,
Hamalatul QURAN,
Selancar sebutan tapi mampukah kita tanggungi,
Semua tanggngjawab yang terhidang kini.

Ingatlah pengembara cinta ilahi,
Dunia telah tenat,
Perlu dimanfaat bukan dikhianat,
Walaupun hingga ke tulang terasa penat,
Tapi ingat kuatkan semangat,
Janji Ilahi tak pernah dinodai,
Sudah sedia kita semua ketahui,
Teruskan perjuangan sebagai daei,
Kasihanilah masyarakat dunia yang sedang menanti.

Ku yakin teman,
Langkah yang berderap,
Sedang mengukir sejarah seorang mujahid,
Hidup dalam perjuangan ini,
Perlukan pengorbanan yang tertinggi,
Pasti tiada penyesalan kau temui,
Infakkan dirimu untuk islam,
Kerana islam tak memerlukanmu,
Tapi kita perlukan islam,
Demi menjulang martabat,daulat yang telah hilang

PENASUTERA_NSHA