Tuesday, October 18, 2011

Rindu MAK….

Sudah hampir seminggu mak pergi..rindu mak.gelang yang mak bagi xpernah aku tanggalkan sejak mak bagi 8 tahun yang lepas.Pagi tu sangat sunyi.sangat hening..aku baru sampai dari kuantan hanya untuk menatap wajah mak kali terakhir.petang khamis,aku ada posting di hospital temerloh,Alhamdulillah,presentation kami tentang kes seorang patient yang menghidap Chronic Kidney Disease(CKD) dapat dilakukan dengan baik.dalam perjalanan balik ke kuantan baru aku perasan banyak call yang masuk ,rupanya ummi,dalam hati mesti Ummi call sebab nak taye aku pasal prestasi aku di hospital buat pertama kalinya.aku call ummi balik,dalam keadaan yang sangat gembira nak ceritakan pengalaman kali pertama ini,tapi umi sempat menuturkan dulu berita itu,”kak,mak dah xda”tanpa aku sedar air mata jatuh berderai.aku xdapat berfikir buat seketika.terus,saat itu aku buat keputusan untuk balik ke jertih,besut seorang diri jam 10.30pm.insyaALLAH,wali terbaikku pasti sentiasa bersamaku,ALLAH.perjalanan malam itu terasa panjang,aku sampai di besut jam 4 pagi.masuk je pintu rumah,aku lihat mak sedara aku sedang bacakan yasin di depan sebujur jasad,aku hanya memandang dengan ekor mata,xpercaya rasanya apa yang berada di depan mata.aku meluru pada ayah yang xtidur malam tu dalam biliknya,bila aku salam dengannya,matanya mula bergenang,aku terus tundukkan wajah xmahu ditunjuk air mata yang tunggu masa saja untuk jatuh.aku terus ambik wudhu,bertahajud hinggalah masuk waktu subuh.selesai solat subuh,semua sudah sibuk menyiapkan peralatan untuk memandi dan mengkafankan jenazah.ramai saudara mara datang,sampai aku terpaksa meminta laluan untuk bergerak.SESAK.. aku berpuas hati saat itu,aku berpeluang menjadi orang kanan untuk memandikan jenazah mak dan duduk di bahagian muka mak,untuk mengkafankan mak.aku rasa macam mak senyum kat aku…ALLAH,saat itu...syahdu,ape lagi jatuh lagi air mata..siap kafankan mak,semua anak dan cucu mak ambil peluang terakhir cium mak,mungkin disebabkan aku cucu yang banyak bersama dengan mak,lame aku peluk mak kali ini...tapi aku redha untuk melepaskannya pada yang EMPUNYA.aku terus keluar ambik wudhu untuk solat jenazah,sekali lagi,ramai yang datang sampai melimpah keluar rumah,terpaksalah aku mencuri-curi ruang untk solat…segalanya berlangsung dengan lancar dan cepat dari waktu yang kami jangkakan,ramai yang membantu,kejiranan yang baik membantu menyediakan makan kami hari itu,xkurang yang datang xputus2ucakan takziah..bila aku dengar sahabt2 mak yang datang cerita kebaikan mak,aku terus masuk tandas,menangis sepuasnya.aku menagis sebab gembira kali ini.moga mak sentiasa tenang di tempat rehat yang abadi..jumpa di syurgamak,insyaALLAH..AL_FATIHAH