Thursday, February 18, 2010

KISAH PERJALANAN KAMI

ni tgh nak nyalakan api untuk barbeque

6hb februari

Segala persiapan sudah dirancang,aku dilantik menjadi unit surprise untuk majlis suprise yang bakal di laksanakan..pasti anda tertanya apa yang bakak kami lakukan..majlis suprise untuk sambutan meraikan hari lahir roommate /sahabat/adikku..liyana..nasi ayam,ayam yang diperap rempah untuk barbeque,hadiah,kad,air,n macam-macam lagi semua sudah dibuat...Cuma tinggal tugas ku yang masih belum dilaksanakan ...yang kelakar tentang meeting perlaksanaan program ini adalah cara kami bermeeting..terpaksa menumpang bilik orang lain untuk meeting,sorokkan selipar dan kunci pintu agar rahsia kami tentang majlis ini dpt dirahsiakn tanpa sebarang syak wasangka(macam nak simpan rahsia negara lagak kami)..jam menunjukkan jam 12 mlm..shbt-sahabt yang lain semua dah keluar dari kampus nenumpang rumah kakak nani untuk persiapan memerap ayam dan masak nasi ayam..kesian kat yana,hanya beberapa orang yang wish birthday yana malam tue,yang lain berlagak tak ingat tentang birthday dia...mlmnya,dia habiskan masa dibilik atikah huda..risau jugak ake dibuatnya ingat kan dia bawak diri...aku tunggu yana balik bilik,sampai 1 pagi,skadar risau bila dia x balik bilik..yana biasa p bilik bihah je...tapi kan mereka balik..mana yana pegi..aku terus menunggu hingga jam 2 pagi..alhamdulillah,balik juga...mata yang dah meminta untuk dipejamkan akhirnya terpejam tanpa aku sedari...

7hb februari

before balik ke uia

Tugas dilaksanakan ,aku mengejutkan yana seawal pagi,setelah solat subuh,aku memberikan kad hari lahir pada yana .?

Happy birthday

“moga dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan”

Invitation to

Time:7a.m

Place :secret


Yana terpingga dengan kad ucapan tersebut dan bertanya kan banyak benda ,nak pergi mana?sekarang ke?nak pakai macam mana?knp xbagitau awal lagi...semuanya ku jawab seboleh mungkin...yana meluru ke tandas,aku pun masuk ke bilik yana ‘mencuri ‘ pakaiannya..semuanya ku masukkan dalam beg tanpa pengetahuaannya..aku berlagak selamber turun ke bwah memasukkan semua barang kedalm kereta,..tapi....pagi-pagi lagi ,kereta yang kami sewa x dijumpai..manalah owner kete ni letak kereta..perjalanan yang dirancang pada 7pg,terpaksa dianjak sampai kul 8-30pg..aku membawa yana ke dalam krete..doa dibaca dan perjalanan diteruskan ..kami mengikut kereta faizah dan kereta huda..mata yana ditutup dalam perjalanan untuk memastikan dia x syak ap-apa tentang siapa yang pergi.perjalan hampir setengah jam..tiba-tiba kereta faizah mulai perlahan di tengah jalan,lampu kecemasan dinyalakn,hati kami menduga apa yang sedang berlaku.kami memberhentikan kereta ke tepi,rupa-rupanya kereta kehabisan minyak..huda pun pergi membelikan minyak petrol .jam sudah menunjukkan 9.30pg..setelah minyak sampai,kami mencari botol kosong yang sesuai untuk memasukkan minyak ke dalam tangki..masalah selesai..tiba-tiba..kami Nampak ada sesuatu yang merayap di atas tudung aini..arghhhh..KALA JENGKING....

PUHHH...alhamdulillah,Berjaya diselamatkan....

Perjalanan diteruskan setelah hamper 15min dlm perjalanan..YA ALLAH...huda menekan brek secara mengejut setelah kereta di hadapan tiba-tiba memperlahankan kereta secara mendadak,kereta dari arah bertentangan pada waktu itu menyukarkan huda untuk memotong kerete dihadapan,aku yang berada dlm kereta yang dibawa baiti yang berada di belakang huda sudah menekan brek yang ku cipta sendiri,baiti menekan brek sehabis mungkin,tapi malangnya,brek kereta kami tidak mampu memberhentikan kereta,tindakan reflek dari baiti yang menarik brek tangan akhirnya membolehkankereta berhenti hanya beberapa sentimeter dari kereta huda..syukur kalu tak habislah kereta huda,sahabat yang berada di tmpt duduk belakang terus memandang ke belakang,bimbang jika kereta belakang merempuh kereta kami,asap mula kelihatan di bahagian hadapan kereta mungkin kerana kesan tayar yang di brek mengejut, kami semua beristighfar dan menarik nafas lega...kereta dibelakang sudah berbaris panjang kami membelok kereta ke tepi,mujurlah,di kanan kami ada bengkel,aku terus turun dari kereta.terasa seperti berada dalam kereta F1... tayar sebelah kanan kempis dan tidak berbunga..dahsyat sungguh kesan brek tadi..abang yang berada dalam bengkel membantu kami memeriksa tayar tersebut,syukur tayar hanya perlu dimasukkan angin dan tidak bocor..perjalanan diteruskan .jam 10.30pg...

Perjalanan diteruskan dan alhmadulillah segalanya selamat hinggala sampai di tempat yang ingin di tuju..SUNGAI PANDAn,KUANTAN...majlis diraikan dengan jayanya...selamat hari lahir yana..hari ini hari bermakna dan penuh kenangan

p/s:1.berhati-hati ketika membawa kenderaan

2.jangan serik menempuh ujian,kerana nilai pengalaman x ternilai

3.hargai orang disekeliling anda,kerana ini mungkin kali terakhir anda meraikan hari bahagia sahabat anda

No comments:

Post a Comment