Wednesday, June 10, 2009


TAHAP TAHAP DALAM MENCARI JALAN YANG LURUS



MEMAHAMI SYARIAT(BELAJAR)

Syariat bereti peraturan Allah yang disampaikan melalui malaikat jibrail kepada nabi muhamad s.a.w.Ia mencakupi wajib,sunat,haram,makruh dan harus(what do’s and what don’t).Syariat terbahagi kepada tiga:peraturan yang mengatur keyakinan hati (tauhid) Peraturan yang mengatur lahiriah(fiqah),peraturan yang mengatur sifat hati (tasawuf).Makanya langkah pertama ialah memahami dan mempelajari hukum asas seperti wajib,haram,harus,sunat dan harus.Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah ini adalah atas dasar kecintaan Nya keppada hamba untuk mengawal kehidupan demi ketenangan dan keselamatan menusia itu sendiri yand diumpamakan seperti lampu isyarat.Jika lampu isyarat jalan raya di langgar maka berlakulah kemalangan dan kesesakan lalu lintas.Begitu jugalah jika syariat Allah dilanggar oleh makhluknya.Sebagai hamba kita mestilah belajar tentang oeraturan yang telah ditentukan untuk mencapai tahap pertama dalam mencapai jalan yang lurus

MELAKSANAKAN TAREKAT(AMAL)

tarekat berasal dari tariq yang bereti jalan.Orang yang melaksanakan syariat dikatakan bertarekat.Ini adalah tarekat yang wajib bagi umat islam.Tarekat Qadiriyah ,Naqsyabandiah,Ahmadiah adalah disiplin zikir yang dipimpin oleh seorang guru yang mursyid adalah sunat.melaksanakan syariat mesti bersepadu merangkumi tauhid,fiqah dan tasawuf.walaupun mempelajari nya adalah terpisah-pisah tetapi pelasanannya mesti bersama-sama.Sebagai contoh,wudhu.Walaupun wudhu termasuk dalam persoalan fiqah tapi dalam melaksanaknnya mesti disertakan dengan soal tauhid dan tasawuf.wudhu diambil dengan niat kerana Allah(tauhid),membasuh anggota wudhu(Fiqah),simbolik membasuh anggota wudhu juga adalah untuk membersihkan anggota badan daripada dosa,contohnya membersih mata atas penglihatan kepada sesuatu yang tidak baik dan ini dinamakan tasawuf..Oleh sebab itu,dalam bertarekat –tauhid,fiqah dan tasawuf perlu dilakukan secara bersepadu.Bukan sahaja dalam soal wudhu tetapai dalam soal munakahat,jinayat dan muamalat.
Dalam melaksanakan syariat kita mestilah menempuh mujahadah ( bersungguh-sungguh) untuk melawaan hawa nafsu dalam diri.Jadinya,apa yang kita tahu di tahap yang pertama perlu meningkat ke peringkat mahu dan mampu dalam peringkat yang kedua.sering kali mujahadah dikaikan dengan muhasabah,istiqamah dan lain –lain amalan yang yang berupa tazkiyatunnafs dan pembersihan jiwa.(surah al-ankabut:69)

MENEMUI HAKIKAT(MERASAI)

Hakikat adalah ketenangan ,kelapangan dan kemanisan yang dirasai ketika menempuh jalan yang lurus.Ini berlaku apabila seseorang merasai halawatul iman.Kemanisan dan keasyikkan ini dirasai sepanjan perjalana menuju Allah.Orang yang merasai kemanisan iman akan merasai keasyikkan cinta Allah

MERASAI MAKRIFAT(MENCINTAI)

Makrifat bereti kenal.Pada tahap ini seorang hamba kenal akan penciptannya.Ia merasa kenal dalam hati.Kemanisan tahap hakikat ini melebihi kemanisan tahap makrifat.kenal tidak sama dengan tahu.mengenali Allah akan akan melahirkan rasa cinta yang sebenarnya pada Allah.

1 comment:

  1. sy prnah d ajar tntang tahap2 ni..betape indahnye s'andainye kite mengamalkannye..

    ReplyDelete