Friday, December 30, 2011

APA ADA DENGAN 2012??



Ada 2 hari before nak masuk tahun baru masihi..ye…sebagai islam of course meraikan 1 muharram lebih rasa DEKAT DI HATi..tapi kali ni rasa nak buat versi tahun baru masihi plakdalam gaya yang sempoi…..sebelum melangkah ke tahun 2012 da banyak planning yang saya dengar dari kawan..macam-macam perancangan dan macam-macam azam baru ada..ada yang nak kawin..ada yang nak beli kereta baru..ada yang berazam nak tulis buku..semuanya bagus2 dan berwawasan tinggi..AWESOME!!!!...ada yang Tanya aku apa azam aku..taknak kawin ke,angka umur dah besar 24…HAHAHA..setiap kali soalan ni di TERJAH aku senyum je…setakat ni untuk tahun 2012 perancagan kawin memang saya tangguh dulu..kelakar bila pergi jamuan kawin..walaupun aku ni umur dah besar,orang akan tanya”Adik umur berapa,sekolah kat mana”…dalam hati saya akn jawab “HELLOO…1 am 24…”..ummi plak selalu cakap ummi rasa anak ummi ni kecik lagi kat mata ummi,jadi sebab tu ummi macam tak merelakan skit JAUHHH dari ummi.. ‘kecik ke???:( ”monolog dalam hati..tapi takpe…perancangan kahwin takda lagi dalam 2012 tak tahu lah kalau ALLAH memang takdirkan..i’m juz follow the fate kalau ada …(saya tak anti-CINTA,jangan risau ;) )

AZAM 2012 lebih banyak pada pembinaan 3 element 1Q,EQ and SQ and jugak beberapa perancangan aku pada tanggungjawab dan hak yang belum sempurna aku laksanakan QURAN,USRAH dan IPHA…walaupun saya bukanlah yang terbaik tapi saya berusaha untuk jadi yang terbaiK (bagusss..sangat bermotivasi diriku!!!)sangat inspired bila dengar testimoni daripada akademi al-fateh trek mahasiswa PUISI di Ireland oleh pengetua akademi ust Syaari…nak pergi!!!!nak join jugak lepas ni….so,saya memang nak jadi orang yang lebih BAIK!!!…dulu rasa macam azam ni tak penting,impian hanya sekadar mimpi tapi sekarang aku percaya jangan pernah berhenti bermimpi..ALLAH tunjukkan aku satu persatu bahawa jangan estimate the power of DOA and your dream is part of DOA…aku mula percaya mimpi yang harus ditanam jangan seumpama mimpi mat jenin…doa kita ALLAH akan tunjuk by 3 ways:
1)Doa anda akan dimakbulkan sejurus anda berdoa(orang yang dizalimi,doa ibubapa),atau
2)Doa anda akan dimakbulkan not now but at the right time later..atau,
3)Doa and mungkin tak akan dimakbulkan didunia tapi ALLAH akan tunjukkan hikmahnya kemudian(rujuk surah al-baqarah 216).

Saya akan kongsikan beberapa impian saya… xsangka ALLAH akan makbulkan secepat yang saya jangkakan.masa sekolah,saya sangat nak pergi tunaikan umrah before my age is 25..then,saya xpernah putus berdoa dan berdoa,bermimpi dan bermimpi..solat hajat,solat istikharah ..saya buat ,saya mintak nak pergi..simpanan memang tak banyak,saya menabung.kebetulan my hobby kumpul duit syiling.saya simpan bertahun..then bulan 7,2011..tahun paling bermakna sangat,dapat pergi UMRAH…alhamdulillah,YEAAAAHH…saya hanya pergi umrah hanya dengan duit simpanan RM 2K..mana nak dapat semurah ni…tak sangka..BETULLLL ..memang ALLAH punya kuasa jumpa dengan orang baik,beliau sponsor(bukan sugar daddy yeee..:))..nanti ada masa saya akan buat post istimewa tentang umrah(perjalanan 4 sahabat ke mekkah dan madinah)..
Azam kedua mahu jadi penulis novel..ni impian aku sejak form 2 lagi,aku bukanlah orang yag pandai sangat menulis tapi aku banyak timba pengalaman dari tulisan seseorang..banyak belajar dari experience orang..di akhir tahun 2010 ada kawan bagi aku no phone seorang editor sebuah majalah terkenal di malaysia yang memang nak cari cerpen pendek dan kebetulan aku memang ada cerpen yang dah lama aku buat..tapi setelah berfikir panjang,perancangan itu kau tangguhkan dulu sebab cerpen tu sangat bererti untuk diri aku..kalau dah publish tak jadi “exclusive” da…

Akhirnya,pada gadis dan jejaka kat luar..jangan pernah berhenti bermimpi,berimpi dan berharap..(tapi kene usaha la supaya mimpi jad reality)mimpi adalah doa..dan doa anda sentiasa didengar oleh ALLAH..sentiasa berharap pada ALLAH dan sentiasa doa..jangan lupa mintak mak ayah doakan selalu..doa ibubapa sangat power(pada yang dah jadi mak atau ayah selalulah doakan anak anda;))…that’s all from me..my version…DREAM!!!!

Wednesday, November 30, 2011

Mutiara cinta >>>6 Tahun
In Team>>>>Sebuah Pertemuan
Waiting???

Tuesday, October 18, 2011

Rindu MAK….

Sudah hampir seminggu mak pergi..rindu mak.gelang yang mak bagi xpernah aku tanggalkan sejak mak bagi 8 tahun yang lepas.Pagi tu sangat sunyi.sangat hening..aku baru sampai dari kuantan hanya untuk menatap wajah mak kali terakhir.petang khamis,aku ada posting di hospital temerloh,Alhamdulillah,presentation kami tentang kes seorang patient yang menghidap Chronic Kidney Disease(CKD) dapat dilakukan dengan baik.dalam perjalanan balik ke kuantan baru aku perasan banyak call yang masuk ,rupanya ummi,dalam hati mesti Ummi call sebab nak taye aku pasal prestasi aku di hospital buat pertama kalinya.aku call ummi balik,dalam keadaan yang sangat gembira nak ceritakan pengalaman kali pertama ini,tapi umi sempat menuturkan dulu berita itu,”kak,mak dah xda”tanpa aku sedar air mata jatuh berderai.aku xdapat berfikir buat seketika.terus,saat itu aku buat keputusan untuk balik ke jertih,besut seorang diri jam 10.30pm.insyaALLAH,wali terbaikku pasti sentiasa bersamaku,ALLAH.perjalanan malam itu terasa panjang,aku sampai di besut jam 4 pagi.masuk je pintu rumah,aku lihat mak sedara aku sedang bacakan yasin di depan sebujur jasad,aku hanya memandang dengan ekor mata,xpercaya rasanya apa yang berada di depan mata.aku meluru pada ayah yang xtidur malam tu dalam biliknya,bila aku salam dengannya,matanya mula bergenang,aku terus tundukkan wajah xmahu ditunjuk air mata yang tunggu masa saja untuk jatuh.aku terus ambik wudhu,bertahajud hinggalah masuk waktu subuh.selesai solat subuh,semua sudah sibuk menyiapkan peralatan untuk memandi dan mengkafankan jenazah.ramai saudara mara datang,sampai aku terpaksa meminta laluan untuk bergerak.SESAK.. aku berpuas hati saat itu,aku berpeluang menjadi orang kanan untuk memandikan jenazah mak dan duduk di bahagian muka mak,untuk mengkafankan mak.aku rasa macam mak senyum kat aku…ALLAH,saat itu...syahdu,ape lagi jatuh lagi air mata..siap kafankan mak,semua anak dan cucu mak ambil peluang terakhir cium mak,mungkin disebabkan aku cucu yang banyak bersama dengan mak,lame aku peluk mak kali ini...tapi aku redha untuk melepaskannya pada yang EMPUNYA.aku terus keluar ambik wudhu untuk solat jenazah,sekali lagi,ramai yang datang sampai melimpah keluar rumah,terpaksalah aku mencuri-curi ruang untk solat…segalanya berlangsung dengan lancar dan cepat dari waktu yang kami jangkakan,ramai yang membantu,kejiranan yang baik membantu menyediakan makan kami hari itu,xkurang yang datang xputus2ucakan takziah..bila aku dengar sahabt2 mak yang datang cerita kebaikan mak,aku terus masuk tandas,menangis sepuasnya.aku menagis sebab gembira kali ini.moga mak sentiasa tenang di tempat rehat yang abadi..jumpa di syurgamak,insyaALLAH..AL_FATIHAH