Thursday, November 18, 2010

MUNAJAT SEORANG DAEI(Part 2)


Jika bisa ku ulang sejarah cinta


Lega rasanya setelah peperiksaan akhir semester berakhir,sebelum cuti bermula segala perancangan dan jadual percutiaan sudah dIatur,agar cuti kali ini berlalu dengan penuh bermakna.itulah diri hana..planner,master plan untuk diri sendiri tak dapat dipisahkan..hilang planner,rasanya seperti haru biru satu dunia..

14hb:
kerja amal di rumah kebajikan raudah(rumah orang tua) dan aktiviti batch
16hb:
bercuti di kampung
17hb:
Raya aidiladha
18hb:
Bercuti di kg
19hb:
Bercuti di kg
25-3hb Dis:
guru tasmi kem hafazan
4hb dis:
Walimah sahabat
13hb dis:
cuti berakhir

*tarikh yang kosong reserve untuk program on the spot jabatan agama bersama ustaz irham

“Alhamdulillah,moga perancanganku sama dengan perancangan ALLAH,aku merancang ,ALLAH jua merancang,tapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik”.begitulah setiap kali hatinya mengingatkan setiap kali setiap perancangan mahu dibuat.

16hb November

Sekali persiapan untuk ke kampung sudah disiapkan,kari ikan sudah siap dimasak..hana dan ibunya,puan masyitah menyediakan menu khas buat nenda tercinta di kampung.Begitulah ibu,wanita yang di kagumi hana, seorang pemurah,permintaan ibu mertua sentiasa dipenuhi walaupun kesihatan diri tidaklah begitu mengizinkan untuk beliau berdiri lama.Mereka sekeluarga bertolak ke kampung halaman di Besut.Perjalangan yang mengambil masa satu jam setengah sambil lagu maher zain diputar di corong radio menemani suasana petang itu..cuaca petang itu sangat baik tidak seperti sebelumnya,hujan lebat.Alhamdulillah,ALLAH permudahkan,kalu tidak sukar juga ayahanda ingin meneruskan perjalanan dalam keadaan jalan yang licin.Angin yang menampar pipi seolah ubat pelali yang mengkhayalkan,sesekali mata dipejam,menikmati angin yang menjamah pipi..tangan dihulur sedikit keluar tingkap..seakan terlali dengan pesona petang itu..akhirnya mereka sekeluarga sampai ke kampong halaman..

“umi,mari kak ra tolong picit kaki”.bicara hana mencetus jua malam itu setelah penat seharian bersama ibunya memasak dan mengemas didapur,almaklumlah daging korban yang perlu diuruskan untuk dibahagi pada jiran tetangga dan sebahagian kecil dimasak sbegai juadah tengahari..ibu bercerita sambil jari jemari hana memicit kaki ibu .sesekali suara ibu mengadu kesakitan..hana khusyuk mendengar cerita ibu tentang sejarah hidup sedara rapat mereka.

Suami mak cik Azizah meninggal ketika mengerjakan haji,pak cik Halim..pasangan suami isteri ini pergi bersama untuk melaksanakan salah satu rukun Islam,mengerjakan HAJI.setelah ibadah haji dilaksanakan tibalah waktu untuk meninggalkan bumi barakah Mekah..ketika mahu mengerjakan taawaf selamat tinggal,dia terkena serangan jantung ketika pusingan terakhir ketika tawaf..pak cik Halim dikebumikan di tanah perkuburan di Mekah,isterinya pulang sendirian ke Malaysia,d raut wajahnya tergambar kepiluan seorang isteri..mak ci Azizah dan suaminya memang rapat..suaminya ibarat teman paling akrab,mereka diijab Kabul ketika masing2 masih belasan tahun..zaman remaja dan zaman dewasa di kongsi bersama..proses kematangan dilalui di depan mata antara satu sama lain.walaupun usia mereka sudah tua..masih romantik pasangan ini,walaupun anak mereka mencapai bilangan dua angka..bila mak cik Azizah sampai di malayia,hanya air mata mengiringi..berat mata memandang berat lagi bahu memikul,anak-anak beliau sudah habis cara menghibur hatinya,tapi perasaan rindu mak cik Azizah pada suami makin mencengkam jiwa..beliau jatuh sakit dan pengsan pada satu hari,doctor mengesahkan mak cik Azizah menghidap kanser usus tahap 3..sisa hayatnya dia habiskan dengan membanyakkan solat malam.anak2 yang melihat sentiasa tumpah air mata,melihat ibu menanti maut mendatang..sebulan kemudian, dia pergi jua meninggalkan dunia fana ini..moga rohnya ditempatkan di kalangan ornag yang soleh..

Selesai mengurut kaki umi,ngantuknya sudah tak tertahan,air wudhu' diambil,Hana mengambil tempat di penjuru ruang tamu,mmebaca surah Al-Mulk yang sudah dihafalnya..setiap huruf dibaca satu persatu.makna Al-Mulk dihayati mengetarkan sanubari..Tiba-tiba matanya terpandang tempat nenek berbaring,nenek yang sudah setahun terkene strok..hana memerhatikan gelagat tokki dan nenek yang mesra di panggil mak dan ayah.Tokki la yang menjadi peneman setia ketika anak-anak pergi bekerja..menguruskan nenek yang terlantar.Tokki la yang menjaga,menukar lampin,memandikan,menyuapkan makanan,solatkan nenek..Walid dan adik beradiknya sentiasa bergilir-gilir menjaga nenek...Ketika Hana sedang membaca surah Al Mulk,tokki yang sudah tidur tiba-tiba bangun dan mengusap lembut kepala nenek sambil memandang wajah nenek yang sedang lena beradu.Sesekali, beliau menghalau nyamuk ynag hinggap..ditariknya selimut yang terselak di hujung kaki..Hana yang sejak tadi sudah selesai membaca Al-Mulk...masih duduk di situ memandang dan memerhatikan perlakuan nendanya..tokki memang dikenali seorang guru mengaji yang garang..tapi hana gelarkan beliau seorang lelaki berjiwa kain sutera ..garangnya bernilai,marahnya berkualiti,air matanya menjadi benang amarahnya...ayahku sendiri pernah menceritakan bagaimana dia dulu diikat di pokok kerana degil tak mahu mengaji..tapi setiap kali melihat kami sekeluarga air matanya bergenang..Hana sendiri masih belum mengerti apa dihati lelaki tua itu..Ramai orang mahu menjaga nenek.Adik beradik nenek sendiri menawarkan diri untuk datang ke rumah menguruskan nenek tapi tokki sentiasa menolak lembut permintaan mereka.Tokki mahu menjaga sendiri nenek..nak menguruskan sendiri makan pakai nenek..biarlah dia yang menguruskan sendiri begitu katanya setiap kali..Garang tokki itulah dimana sayangnya berada..begitulah cinta tokki pada nenek..cintanya adalah perhatian,pengorbanannya,kasihnya...

“moga aku dapat mengulang sejarah cinta seperti mereka..cinta berupa pengorbanan,tanggungjawab dan persahabatan”..Hana menghembus sebaris kata untuk di pasak dalam hati.

Thursday, November 11, 2010

MUNAJAT SEORANG DAEI (Part 1)

IBU..AYAH..apa salah kami???




Hana sofea memandang juah ke dasar langit..angin yang bertiup sesekali memecahkan lubuk rasa..air mata mula bergenang.angin pantai petang itu cukup halus membelai segaris rasa..peristiwa yang berlaku cukup berbekas di hati..hanya diam menemani suasana petang itu..Cuma terdengar desiran pantai dan kocak air yang berombak.
Setelah hampir 2 minggu menjalani peperiksaan akhir semesta..petang itu hana bersama teman-teman ke rumah kebajikan taman sakinah.Inilah kali pertama Hana melawat anak-anak yang kurang bernasib baik..segala persiapan sudah dilakukan,menyiapkan sedikit makanan dan hadiah buat penghuni disana.Bergelora hati xsabar bertemu mereka sekadar mencurahkan sedikit perhatian dan kasih sayang.mahu kunyatakan pada mereka bahawa “adik ,kamu xbersendiri”.
Hujan rintik menemani perjalanan mereka,seolah memberitahu rahmat tuhanmu sentiasa mengiringi..Ya,hujan itu rahmat..begitu dingin hujan yang menitis hingga terasa ke dasar tulang.Perjalanan yang mengambil masa 20 minit berlalu terasa begitu lama,macam-macam yang difikir apa yang harus dilakukan disana.
“Eh,kita dah sesat nie,macam lain je tempat yang kita lalu ni,nanti saya call kawan yang tahu ye”.mariam tiba2 bersuara .kami betiga hanya memadang dan tersenyum.Ujian..ujian
al-maklum sahajalah taman sakinah itu bukanlah berada di Bandar..selok belok jalan terpaksa ditempuhi,walaupun tersesat jalan beberapa kali tetapi tekad mereka ke sana tetap teguh dan tak pernah luntur.Akhirnya,Alhamdulillah sampai juga ke taman sakinah..seusai tiba disana kereta dipandu memasuki perkarangan kawasan tersebut,terlihat kanak disana sedang riang bermain bersama teman mereka..ketika kereta yang dipandu memandu memasuki kawasan tersebut anak yang sedang bermain , tiba berhenti bermain dan memandang kami..Kami memandang sesame sendiri.adakah kedatangan kami ini xdialukan sama sekali??persoaln itu menerjah di minda..anak –anak yang sedang bermain tadi terus meluru ke arah kami..Hana mula kejap mengenggam tangan,fikiran mula melayang.
“reaksi apakah harus aku pertontonkan pada mereka”.hana bermonolog sendiri.
Tiba2 seorang anak kecil berlari lebih laju meluru ke arah mereka..sungguh badannya yang kurus,berambut kusat masai,berkaki ayam datang kearah pintu kereta berdekatan dengan hana..dan mula memukul keras cermin kereta..hana terperanjat,dalam hati bertubi soalan mencengkam rasa..kenapakah anak ini memukul keras cermin pintu..
muka ku seperti penjahatkah?fikir hana..
pintu yang sememangnya tak berkunci itu akhirnya dibuka oleh anak kecil itu..mereka berpandangan sesame sendiri..sebaik pintu kereta dikuak..anak itu tersenyum pada hana..hana mula merenung jauh ke wajahnya.senyuman yang memukau dirinya.Perasaan gentar tadi bertukar akibat senyuman itu..senyuman yang xdapat digambar dengan kata2..senyuman yang bisa mengugah perasaan wanita nya..hana mula melangkah keluar..anak tadi memberi ruang padanya.Jeritan anak yang meluru tadi memecahkan lamunan hana dan hana kembali memandang sahabt yang lain..anak-anak tersebut meminta makanan yang dibawa..kami mengagihkan makanan tersebut dan menuju ke satu tempat lapang untuk makan.ternyata mereka amat gembira sambilm membimbit makanan yang dibawa itu.Ketika berjalan mata hana melilau kawasan sekitar tersebut melihat ada sebahagian anak2 yang masih bermain di padang bola..matanya tertangkap pada seorang budak lelakiyang duduk bersendiri sambil memandang kawan-kawannya yang lain.sesekali dia memandang buka yang dipegang ditangan..dia hanya bersendiri tanpa senyuman dibibir.Tiba2 hana terasa bajunya ditarik-tarik lembut,pandanganku tadi mati seketika..tubuh hana dipegang manja oleh tangan yang kecil..bila hana pandang kesisinya,anak yang membuka pintu kereta untuknya tadi sedang memegang hujung baju meminta tangannya dipimpin..sekali lagi,air mataku bergenang...sayunya..

Hana menemani anak-anak itu makan..sungguh ceria mereka makan makanan yang dibawa walaupun ianya tidak lah seberapa.yang paling tua antara mereka,meminta yang lain mengikut membacakan doa..seronok melihat gelagat anak2 tersebut..dari jauh,pandangan mata hana sekali lagi menangkap sesuatu..bayi..hana memandang bayi2 tersebut satu persatu hanya dari jauh kerana kawasan itu dilarang kepada pengunjung tanpa kebenaran pihak di sana..semuanya masih kecil..masih belum dapat berbaring dan meniarap dengan betul..tangisan mereka seolah melodi cinta membuat kami terdiam seketika..kami terdiam dan kami dipanggil oleh penjaga disana,encik Azman..setelah berjumpa dengan beliau ,beliau menceritakan secara kasar latar belakang anak ini..anak-anak yang dipandang ceria,comel dan girang tadi rupanya mempunyai seribu kisah ynag tak sekali terbayang untuk ditanggung di usia mereka...
“Anak-anak ini bukanlah seperti yang kamu sangka,ceria,girang,mereka menanggung seribu kisah yang tersembunyi disebalik senyuman itu”.tenang Encik Azman membuka bicara selaku warden yang menjaga segala keperluan anak-anak tersebut.beliau diam seketika sebelum memulakan bicara.
“Antara mereka ada yang menjadi mangsa dera,mangsa rogol ,rebutan antara ibubapa yang bercerai,yang dibuang,anak yatim dan pengemis..kami ambil mereka ke sini,mungkin dsini mereka dapat bermula menjadi manusia yang hidup dengan semangat baru..dan menjadi orang berjaya satu hari nanti”sambung Encik Azman.
Mendengar penerangan itu,hana berbisik pada hati, memanjat syukur pada ilahi
“Ya ALLAH,terima kasih kerana tak mengujinku dengan sesuatu yang tak mampu ku tanggung.Syukurnya aku dilahirkan dengan segala kurnianMU walupun saban hari begitu banyak dosa ku,,sedikit pun ENGKAUtak menyakiti diriku...bersyukurkah aku selama ini,ya RABBI??
Mereka berlalu pulang , anak tersebut sentiasa membuntuti hinggalah sampai ke pintu kereta.Ternyata kedatangan yang begitu dialukan..anak itu datang pada mereka menghulur tangan dengan muka yang tadinya ceria sudah berubah sedikit kelam,dengan pandangan mata yang ingin menyampaikan perasaan.Tangan mereka disalami satu persatu..tiba2 hana teringat beberapa biji coklat dalam tas tangan yang selalu dibawa sebagai bekalan waktu lapar apabila tak sempat mengambil sarapan atau makan tengahari..hana keluarkan semuanya dan beri pada anak-anak taman sakinah. anak yang paling kecil tadi masih berada di pintu kereta,melambai kea rah hana...lambaian mereka berakhir sampailah kereta melepasi pagar taman sakinah.Lambaian yang takkan pernah dilupa dalm hidupnya..

Thursday, September 23, 2010

Ingin berkongsi produk yang baik bersama anda

promotion ini bukanlah untuk business semata2 tapi untuk berkongsi kebaikan pada orang lain berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri..Ibu saya seorang guru dan kerja hariannya memerlukan dia berdiri,almaklim sahajalah bila mengajar budak sekolah rendah yang nakal.tapi apa yang membuatkan kami sekeluarga risau bila ibu saya xdapat berdiri lama..akibat sakit kaki..dia lebih banyak duduk dari berjalan dan berdiri..sakit itu berterusan hingga ke berapa bulan..Ibu sudah tak tahan dengan kesakitan yang dialami,belia ke hospital dan doktor menghendaki ibu untuk membuat fisioterapi di hospital..kaki ibu perlu dielup lilin hingga beberapa kali..banyak masa perlu diluangkan untuk membuat rawatan ditambah keperluan untuk menunggu giliran yang kadang menunggu hingga 2 jam..tapi setelah rawatan selesai tidak menunjukka perubahan,ibu buat rawatan tradisional pula,mengurut..dipendekkan cerita tidak menunjukkan respon yang baik,setelah itu ibu diperkenalkan oleh kawannya produk jus manggis ini,setelah makan hampir 4 botol,sakit kakinya sudah berkurang dan sekarang sudah sembuh dengan izinnya..ibu sudah berjalan seperti biasa dan memberi kami sekeluarga makan produk ini.produk ini adalah usaha oleh kita pada penyakit yang ada.segalanya terserah pada ALLAH.

kepada yang berminat untuk membeli produk ini atau mahu menjadi pengedar boleh hubungi saya di purplemuslimah_88@yahoo.com

Tuesday, September 7, 2010

Buat pencinta redha ALLAH

RISALAH AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN[1]

بسم الله الرحمن الرحيم

AMALAN UMUM[2]:

a) Sebolehnya beri’tikaf.

b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.

c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.

d) Makan sedikit waktu iftar[3].

e) Solat fardhu berjemaah.

f) Solat Rawatib dan Nawafil.

g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.

h) Bersedekah.

i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.

j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan[4]:

1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)

3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)




AMALAN KHUSUS:

PAGI:

1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat[1].

2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.

3- Sebelum naik matahari baca[2]:

i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)

iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)

v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)

4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.

TENGAHARI:

1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.

2- Ratib al-Aththos.

3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)

PETANG:

1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.

2- Hizb al-Bahr.

3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)

MAGHRIB:

1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa[3].

2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.

3- Solat sunat Awwabin.

4- Ratib al-Haddad.

ISYA’:

1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.

2- Solat Tarawih dan Witir.

Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar[4]:

Bermula pada pukul 12 tengah malam:

1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian[5].

2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.

3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

4- Membaca Al-Qur’an.

5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)

6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)

7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)

8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)

9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)

10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)

11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)

12- Ayat Al-Kursi. (3x)

13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.

14- Al-Wird al-Lathif.

15- Membaca doa khusus[6].

16- Solat Lailatul Qadar[7].

17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah[8].


LAMPIRAN:

(A):

Sebelum berdoa bacalah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Sebelum berselawat bacalah:

إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya[1].

(B):

Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:

1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat:

Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”[2]

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”

Fadhilat:

Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”[3]

Cacatan:

Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”

(C):

Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:

1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)

2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)

3- يَا كَرِيمُ (1x)

4- Doa:

اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.

“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”

Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):

Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:

Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).

Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21[4].

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab[5] dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu[6].

Tanda-tanda:

1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.

2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya[7].

3- Anjing tidak menyalak[8].

(E):

Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:

بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”

Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab[9].

(F):

Solat[10] pada malam berlakunya Lailatul Qadar[11]

Lafaz niat:

أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.

Solat pada malam 27 Ramadhan[12].

Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

Rujukan:

Bahasa Arab:

Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.

Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.

Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.

Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.

Kitab Jawi:

Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.

Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.

Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.

Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.

Bahasa Melayu:

Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.

Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.

Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.

Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.

Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.

* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:

Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani

Muhadir bin Haji Joll

24 Ramadhan 1431H/ 4 September 2010M.