Saturday, November 7, 2009

ex-medcy's commitees gathering at ana ikan bakar petai,tanjung lumpur,kuantan

And x lupa jugak nak ucapkan kat aizat ( berbaju hijau),selamat pengantin baru,moga berbahagia hingga syurga.
ex medcy commitees
ukhuwah fillah

community out reach program at sek men keb abu bakar


After 3 month did many works,faced many conflicts with management,lastly we accomplish our mission to do research about our topic:pharmaceutical care at sek men keb abu bakar.today is a day that all group presented their project analysis which took 4 hours to be finished.i attached here some photos which is especially dedicate to our supervisor sister nurul affidia, and my group members syahmi,fathullah,amiruddin,huda,yana,nani,nabihah,atikah,and syafiqah.we will miss d memories and hardship together..

ni lepas habis seme keje,baru ada peluang nak bergambar

Tuesday, October 27, 2009

ANATOMY CLASS

our class member (but sorry only some of us) RX8 FUTURE PHARMACIST .

Sunday, August 23, 2009

EXAM DATANG LAGI!!!!!!!!











rasanya baru beberapa minggu berada di bumi kuantan,rupa-rupanya,minggu depan,kami pelajar pharmacy da nak exam..masing-masing bertungkus lumus untuk menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun yang perlu di hantar before exam...sungguh ramadhan ini adalah madrasah tarbiyah...apa yang penting,usaha yang berterusan dan doa yang tak putus-putus perlu dilaksanakan,pandanglah peperiksaan ini satu bentuk ujian untuk meningkatkan mutu dan kefahaman kita sebagai student dan matlamat yang paling besar adalah supaya kita dapat membanggakan umat islam dan menunjukkan pada masyarakat global..KEGEMILANGAN ISLAM AKAN TIBA TAK LAMA LAGI..KEMENANGAN ISLAM ITU PASTI....buat semua sahabat RX8..bitaufiq wan najah untuk exam akan datang.ingat moto unit ukhuwah dnt..1 pharmacy..bersatu teguh,bercerai roboh....

Saturday, August 22, 2009

andai ramadhan ini yang terakhir...



assalamualaikum...ramadhan semakin menghampiri kita,pernahkah kita terfikir andai ini adalah ramadhan terakhir untuk kita?bila kita merasakan ini adalah ramadhan terakhir untuk kita,pasti kita takkan mensia-siakan setiap saat yang dilalui dalam bulan ramadhan,bulan yang dilimpahi dengan barakah dan karamah..seeloknya dalm menyambut ramadhan perlulah kita menyimpan satu azam unuk melakukan yang terbaik,sekurangnya kita tidak akan terkilan andai ramadhan ni adalah ramadhan terakhir buat diri...dalam ramadhan ini,jadikn ia sebagai madrasah tarbiah dan penyucian hati,buangkan segala sifat mazmumah,dan carilah kekuatan diri untuk memperbaiki diri,perbanyakkan doa,kerana doa orang yang berpuasa itu pasti di dengari oleh Rabbi..perbanyakkan qiamullail,zikir dan membaca serta mentaddabur al-quran moga ramadhan ini,ramadhan yang terbaik buat kita...



ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

agar dapat ku lalui dengan sempurna

ku mohon padamu Tuhan,kau bersihkan hatiku,

kau kuatkan jiwaku,

moga ramadhan ini membuka lembaran baru,

untuk ku terus kuat menghadapi hidup yang kau anugerahkan ini

<<>>

Sunday, August 16, 2009


IRONIS

Wahai mega jingga ,

Adakah kau bersamaku juga,

Setitis air mataku,

Melayari kehidupan ini,

Perit,lelah,kerah segala kudrat,

manakah syiarmu Islam yang tertegak dulu,

Mana biah solehah pembimbing diri,

Aku terhuyung-hayang dibumi ini.

Wahai umat,

Kenapa kita masi terleka,

Sedang telah banyak peringatan dikurnia,

Daulatmu Islam,

telah dicemari oleh insan durjana,

Pengkhianat agama,

Rohmu Islam,

sesuka hati telah dinodai,

Jasadmu Islam,

dicalari tanpa erti,

Lebur hatiku,

Berdarah jiwaku,

Atas kelat peristiwa ini.

Ayuh mujahid,

Kau bakal menjadi mujaddid,

Pengislah bumi usang ini,

Kau penjunjung jasad islami,

Kau pembela ummah semalam,

untuk membentuk generasi hari ini,

Usah dilayan rasa hati,

Masa tidak akan menanti,

sedang kita yang mesti berjuang hingga mati.

ayuh wahai jundulluh,

Abdul ilallah,

jihadu fi deen,fi ummah

,alallahi tawakkalna.

PENASUTERA_NSHA

Thursday, August 13, 2009

secangkir rasa

Assalamualaikum w.b.t..
Sudah lama diri ini tak sempat untuk melakar sesuatu untuk tatapan sahabat di alam maya..semenjak masuk ke uia,segala penulisan ku di alam maya bergerak perlahan dan mungkin sejak akhir-akhir ini aku tidak tahu bagaimana harus berkata-kata..tapi saat ini terasa ingin aku berkongsi sesuatu tentang diriku..Alhamdulillah,kehidupan di bumi kuantan amat menyeronokkan,kami pelajar pharmacy adalah juara bagi course yang paling padat kelas..tapi kami bersyukur ditempatkan dan ditakdirkan dengan keadaan begini,banyak benda yang dapat kami belajar,cara membaca priscription,tengok mayat dan macam2 .keadaan bilik yang terletak berhampiran dengan hutan mengurangkan tekanan kerja yang banyak,pasti terdengar bunyi monyet@ liar dan cengkerik menyanyi di waktu malam,..wabak H1N1 juga tidak ketinggalan melanda bumi ini,banyak jugala sahabat yang tertpaksa dikuarantin tapi Alhamdulillah,aku terlepas dari terkena demam atauselsema yang berlarutan,,,sepanjang disini,terasa banyak benda yang Allah ingin mengajarku,ujian yang membuatkan hati ini lebih dekat untuk meminta pertolongan darinya,betullah solat malam itu akan memberi kekuatan dari arah yang tak disangka-sangka…kadang pernah penat melayan kerenah manusia,tapi aku sedar,kehadiran manusia seperti inilah yang akan menambahkan pahala kita dihadapannya kelak..apa yang penting kita tak boleh selalu mengharapkan orang memahami sikap kita,tapi kita kene sesuaikan sikap kita dengan orang tersebut nilai persahabatan tak bermakna kita terlepas dari menjaga hati sahabat…sesungguhnya yang paling tajam adalah kata2.andai berhikmah tutur kata maka mudahlah orang menerima dakwah dan tak menyalah ertikan niat kita yang murni..STRIVE FOR ISLAM

Wednesday, June 10, 2009


TAHAP TAHAP DALAM MENCARI JALAN YANG LURUS



MEMAHAMI SYARIAT(BELAJAR)

Syariat bereti peraturan Allah yang disampaikan melalui malaikat jibrail kepada nabi muhamad s.a.w.Ia mencakupi wajib,sunat,haram,makruh dan harus(what do’s and what don’t).Syariat terbahagi kepada tiga:peraturan yang mengatur keyakinan hati (tauhid) Peraturan yang mengatur lahiriah(fiqah),peraturan yang mengatur sifat hati (tasawuf).Makanya langkah pertama ialah memahami dan mempelajari hukum asas seperti wajib,haram,harus,sunat dan harus.Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah ini adalah atas dasar kecintaan Nya keppada hamba untuk mengawal kehidupan demi ketenangan dan keselamatan menusia itu sendiri yand diumpamakan seperti lampu isyarat.Jika lampu isyarat jalan raya di langgar maka berlakulah kemalangan dan kesesakan lalu lintas.Begitu jugalah jika syariat Allah dilanggar oleh makhluknya.Sebagai hamba kita mestilah belajar tentang oeraturan yang telah ditentukan untuk mencapai tahap pertama dalam mencapai jalan yang lurus

MELAKSANAKAN TAREKAT(AMAL)

tarekat berasal dari tariq yang bereti jalan.Orang yang melaksanakan syariat dikatakan bertarekat.Ini adalah tarekat yang wajib bagi umat islam.Tarekat Qadiriyah ,Naqsyabandiah,Ahmadiah adalah disiplin zikir yang dipimpin oleh seorang guru yang mursyid adalah sunat.melaksanakan syariat mesti bersepadu merangkumi tauhid,fiqah dan tasawuf.walaupun mempelajari nya adalah terpisah-pisah tetapi pelasanannya mesti bersama-sama.Sebagai contoh,wudhu.Walaupun wudhu termasuk dalam persoalan fiqah tapi dalam melaksanaknnya mesti disertakan dengan soal tauhid dan tasawuf.wudhu diambil dengan niat kerana Allah(tauhid),membasuh anggota wudhu(Fiqah),simbolik membasuh anggota wudhu juga adalah untuk membersihkan anggota badan daripada dosa,contohnya membersih mata atas penglihatan kepada sesuatu yang tidak baik dan ini dinamakan tasawuf..Oleh sebab itu,dalam bertarekat –tauhid,fiqah dan tasawuf perlu dilakukan secara bersepadu.Bukan sahaja dalam soal wudhu tetapai dalam soal munakahat,jinayat dan muamalat.
Dalam melaksanakan syariat kita mestilah menempuh mujahadah ( bersungguh-sungguh) untuk melawaan hawa nafsu dalam diri.Jadinya,apa yang kita tahu di tahap yang pertama perlu meningkat ke peringkat mahu dan mampu dalam peringkat yang kedua.sering kali mujahadah dikaikan dengan muhasabah,istiqamah dan lain –lain amalan yang yang berupa tazkiyatunnafs dan pembersihan jiwa.(surah al-ankabut:69)

MENEMUI HAKIKAT(MERASAI)

Hakikat adalah ketenangan ,kelapangan dan kemanisan yang dirasai ketika menempuh jalan yang lurus.Ini berlaku apabila seseorang merasai halawatul iman.Kemanisan dan keasyikkan ini dirasai sepanjan perjalana menuju Allah.Orang yang merasai kemanisan iman akan merasai keasyikkan cinta Allah

MERASAI MAKRIFAT(MENCINTAI)

Makrifat bereti kenal.Pada tahap ini seorang hamba kenal akan penciptannya.Ia merasa kenal dalam hati.Kemanisan tahap hakikat ini melebihi kemanisan tahap makrifat.kenal tidak sama dengan tahu.mengenali Allah akan akan melahirkan rasa cinta yang sebenarnya pada Allah.

Monday, March 2, 2009

satu cerita.....

alkisah diceritakan semalam ana pergilah ke celcom center nak perbaharui sim card yang hilang dengan menaiki taxi,alhamdulillh,seorang pak cik yang nampak islamik membuat kami lebih selesa untuk ke seksyen 14.dalam perjalanan ke sana kami ditanya satu soalan yang mebuat kami kaget untuk menjawabnya.soalan pak cik tue,"di dalam malaysia ada 60% penduduk melayu islam,tapi 50% menyokong Umno dan 16% lagi menyokong pas,mengapa ini terjadi,bukan rakyat malaysia tak nak kepada islam seperti hudud dan ekonomi islam tapi mengapa rakyat x memilih pas..??????......dan setiap manusia perlu mgakui daam melangkah dalam dunia perjuangan ,musuh islam sentiasa mencari lubang dan mengintai stp kesalahan pejuang islam,maka kita perlu menjaga sahsiah,strategi dan lebih berfikir dengan matang apa yang ingin diperjuangkan agar ianya tidak menjadi hujah buat musuh islam....beradalah dalam perjuangan dengan ilmu dan kefahaman bukan semangat dan membuta tuli sahaja.wallahualam....(sesiapa yang ada pendapat buat persoalan ini boleh kemukakan)